Kamis, 06 Desember 2012

Kalimat Yang Hidup


Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. mutiara islam
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. Siegel. ~ William J.
Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Persiapan Haji
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga.

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.
Ada hal-hal yang sangat ingin kau dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar dari orang yang saudara harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar