Selasa, 22 November 2011

Mutiara Hati Islam


Mutiara Hati Islam berguna untuk menaikkan semangat seseorang malah boleh dijadikan rujukan untuk bijak pandai mengkaji tentang sesuatu maksud.
Malangnya di dalam dunia moden ini, kebanyakkan orang islam lebih gemar dengan kata-kata mutiara popular dari barat dan bukan islam.
Kata-kata mutiara hati dari barat bukan sahaja merosakkan akidah kita malah bakal menjadi ikutan dalam cara hidup islam. Tak berguna dan sia-sia!
Disini dikongsi mutiara kata yang kita perlu jadikan panduan dalam membentuk hati yang mulia dalam memperjuangkan tugas kita sebagai orang islam.
Paling menarik,
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah”
- Hadis Riwayat Muslim.
Sedarlah! Buanglah sikap sombong jauh-jauh dari dalam diri kita kerana ia sememangnya sesuatu yang sangat sia-sia. Sekecil mana sekali pun sikap sombong kita ia tetap tak berguna malah digambarkan jika berlaku sedemikian, kita tidak masuk syurga.
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya”
- Hadis Riwayat Al-Khatib
Allah SWT Maha Adil bukan? Keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat yang perlu kita usahakan. Jangan lalai mengerjakan hal dunia sehingga melupakan hal akhirat dan juga sebaliknya. Dimanakah kita?
“Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”
- Hadis Riwayat Muslim.

Source: http://cilihati.com/mutiara-kata-untuk-hati-islam.html